Rekaan kontemporari kurta Buranku

A
A
A

SELEPAS meniti kejayaan dalam arena lakonan, nyanyian mahupun pengacaraan, Alif Satar kini mencabar dirinya untuk menerokai bidang fesyen pula.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, penat lelahnya berbaloi apabila beliau akhirnya menghasilkan baju raya di bawah jenama Buranku.

Kurta jenama Buranku mendapat sambutan menggalakkan
Kurta jenama Buranku mendapat sambutan menggalakkan



Buranku merupakan perkataan Jepun yang bermaksud kosong.

"Jenama Buranku lebih memfokuskan kepada baju kurta. Terdapat dua jenis kurta iaitu Kurta Maharaja dan Kurta Mandarin (jenis slim fit) yang sesuai dipakai bukan sahaja pada hari raya malah ke mana-mana acara.

“Selain itu, terdapat juga baju Melayu yang masih mengekalkan rekaan tradisional. Fabrik baju Melayu dan kurta Alif menggunakan fabrik jenis German Cotton yang Alif jamin selesa untuk dipakai,” kata Alif ketika ditemui di Sabah baru-baru ini.

Selebriti yang terkenal dengan lagu Akhiri Penantianku itu berkata, pengorbanannya tidak sia-sia.

"Masakan tidak, tempahan awal yang diterima Alif sangat memberangsangkan, itu tidak termasuk jualan di outlet PrimaValet dan pop up store di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Singapura,” ujarnya yang mempercayai penangan media sosial banyak mempengaruhi peminat baharu dan lama untuk mendapat koleksi sentuhannya.

Alif memberitahu, sebahagian daripada pembelian pakaian daripada Buranku akan disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Negara.

Anggaran harga untuk sehelai baju Melayu dan kurta bermula pada harga RM109 dan RM119.

Artikel Berkaitan:


Baju Melayu dihasilkan Alif sangat selesa dipakai
Baju Melayu dihasilkan Alif sangat selesa dipakai



Beraya dengan koleksi sendiri

Tidak lengkap rasanya untuk tidak bertanya tentang persiapan Aidilfitri selebriti popular itu.

Alif dalam reaksi segera berkata, menariknya pada tahun ini, beliau akan bergaya dengan koleksi jenamanya sendiri.

“Alhamdulillah, saya akan pakai jenama saya sendiri. Kami sekeluarga sepakat memilih tema warna perak untuk pilihan pakaian pada pagi raya. Warna itu kami pilih selepas isteri dan anak-anak bersetuju,” katanya.

Menyambung bicara, beliau berkata, segala persiapan raya yang lain akan diserahkan kepada isteri tercinta, Shadila Halid lantaran kesibukannya.

Terbaharu, Alif sibuk mempromosikan lagu Sesungguhnya 2019 bersama kumpulan Raihan yang diberi nafas baharu.

Pada lebaran kali ini, beliau akan beraya di Kuala Lumpur bersama keluarganya.

“Pada hari sama, kami akan beraya di Rawang untuk menziarahi keluarga sebelah isteri,” ujar Alif.

Alif bergaya dengan salah satu baju yang dihasilkannya
Alif bergaya dengan salah satu baju yang dihasilkannya



ANEKDOT

NAMA: Muhamamd Alif Mohd Satar/Alif Satar

UMUR:29

ASAL : Kuala Lumpur

HOBI : Berbasikal

KERJAYA : Penyanyi, pemuzik, pelakon, pengacara

STATUS : Berkahwin. Isteri, Sha Dila dan memiliki dua orang cahaya mata, Alisha Anugerah, 4 dan Ariana Mecca, 2

MAKANAN WAJIB DI HARI LEBARAN: Ketupat dengan kari kambing.

RUMAH TERBUKA LEBARAN : Hanya untuk keluarga terdekat dan rakan-rakan.

ANUGERAH PERNAH DIPEROLEH:

1. Anugerah One In A Milion Season 1 - 2006

2. Anugerah Telenovela ‘Dia Semanis Honey’- 2017

3. BOH Cameronian Arts Awards (Anugerah Pelakon Utama Terbaik Dia Semanis Honey The Musical, 2018)

4. Anugerah Bintang Popular Berita Harian, 2017 (Artis Versatil Popular)

5. Era Digital Music Awards, 2018 (Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40, Sesungguhnya Aku)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!