Amali solat UPKK 2018 catat keputusan lulus hampir 100 peratus
Datuk Mohamad Nordin Ibrahim
A
A
A
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, mata pelajaran al-Quran pula mencatatkan kadar lulus 99.8 peratus.
“Pencapaian ini menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,” katanya kepada pemberita pada pengumuman keputusan UPKK di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari, ini.
Katanya, calon boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan UPKK mulai 3 petang ini di sekolah masing-masing.
Selain itu, keputusan peperiksaan UPKK juga boleh disemak secara dalam talian di alamat http://semakan.islam.gov.my, katanya.
Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPKKRESULTnombor mykid atau nombor pengenalan khas ke mySMS 15888 mulai 11 pagi ini hingga 11 pagi 25 Dis.
UPKK merupakan peperiksaan bagi murid-murid tahun lima kelas KAFA bertujuan mengukur pencapaian mereka setelah mengikuti pembelajaran KAFA berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.
Lapan pelajaran yang diuji dalam UPKK dalam bentuk bertulis dan amali ialah amali solat, penghayatan cara hidup Islam, al-Quran, ulum syariah, sirah, adab (akhlak Islamiah), Jawi dan khat serta lughah al-Quran. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!