Kesatuan mahu pelaku dikenakan hukuman setimpal
Presidennya, Zainal Abidin Nong Chik berkata, kesatuan tersebut berharap pelaku terbabit yang memukul anggota itu sehingga cedera parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya bulan lalu dikenakan tindakan tegas dan hukuman setimpal.
Menurutnya, kesatuan itu yang memiliki 7,800 ahli, kesal dengan insiden berkenaan hingga menyebabkan kehilangan nyawa anggota terbabit.
"Pihak kesatuan tidak akan berkompromi dengan pelaku yang melakukan jenayah terhadap Allahyarham Muhammad Adib sehingga melibatkan kehilangan nyawa beliau.
"Kita mengharapkan pihak berwajib mengenakan hukuman yang berat terhadap pesalah tersebut," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Muhammad Adib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.41 malam tadi selepas mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak tiga minggu lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!