Semua pihak diminta bersedia
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, fenomena air pasang besar itu berpotensi menyebabkan bencana banjir di negeri ini.
"Dijangka akan berlaku fenomena air pasang besar 25 Disember ini dan (keadaan) itu juga berpotensi berlaku banjir kalau kita tidak mengawasi situasi dan memantau perkembangan hujan yang berlaku.
"Pada masa sama ibu bapa diminta mengawasi anak-anak sedang bercuti sekolah, jangan tidak dibiarkan bermain air dan sebagainya kerana tarikh tersebut telah dikenalpasti berlaku air pasang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas melawat mangsa banjir dari kawasan Dun Rhu Rendang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Marang, di sini.
Dalam pada itu, Raja Kamarul Bahrin berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat di negeri itu juga sentiasa bersiap sedia membantu mangsa terlibat banjir, sebelum dan selepas bencana itu.
"Di bawah Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana bomba di bawah kementerian ini, di mana kita akan hulurkan bantuan. Persiapan telah dibuat sebelum berlaku bencana banjir lagi," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan Pusat dipimpin Pakatan Harapan juga akan berusaha dalam membantu rakyat ditimpa musibah atau bencana, meskipun mereka berada di bawah parti pembangkang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!