Ammar Alfian mohon ruang selamatkan perkahwinan

Ammar Alfian
Ammar Alfian
A
A
A

PELAKON, Ammar Alfian meminta agar netizen menghormati perkahwinannya dan memberi ruang menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2016 itu.

Percaya segala yang berlaku ada hikmahnya, selebriti berusia 32 tahun itu juga mahu memberi fokus kepada anak lelakinya yang bakal lahir.

"Ini merupakan post terakhir saya mengenai isu ini. Tolong hormati perkahwinan saya dan beri saya ruang untuk selamatkan perkahwinan saya.

"Saya harap perjalanan hidup saya lebih tenang dan dekat pada ALLAH SWT selepas ini. Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

"Fokus saya adalah pada anak lelaki saya yang bakal lahir. Tiada benda lain yang penting," tulisnya di Instagram.

Tambah bintang utama Paskal itu, dia pada mulanya memilih untuk berdiam diri tetapi berasa ralat selepas isterinya, Nelissa Nezam, memalukannya pada khalayak.

Ammar Alfian
Ammar Alfian

Bagaimanapun dia tetap memilih untuk meminta maaf sekali lagi.

Artikel Berkaitan:

"Saya dah buat pilihan untuk berdiam diri dan selesaikan masalah ini antara saya dan isteri tetapi isteri saya mahu memalukan saya pada khalayak.

"Saya takkan main permainan dia. Sepertimana saya pernah beritahu sebelum ini, kamu semua tak boleh faham dan tak mahu mendengar penjelasan saya.

"Jadi buat apa saya perlu jelaskan apa-apa. Cukup bagi saya, Nel isteri saya, ibu bapa saya dan ibu bapa mertua yang tahu.

"Saya mengakui kesilapan saya dan memohon maaf pada isteri tapi ini hukuman yang saya dapat.

"Saya reda dan terima kerana ini semua daripada ALLAH SWT.

Di bulan Ramadan yang mulia ini, saya meminta maaf pada semua. Saya pendosa dan saya percaya ALLAH SWT akan memaafkan hambaNya yang datang kepadaNya.

"Isteri saya yang memilih cara penyelesaian seperti ini, harap dia berpuas hati setelah motif tercapai," ujarnya.

Status berkenaan bagaimanapun telah dipadam tidak lama kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu curang: Ammar pilih untuk berdiam

'Semoga saya dan Ammar dapat selesaikan masalah ini'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!