Produktiviti buruh Malaysia meningkat 2.4 peratus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Produktiviti buruh Malaysia meningkat 2.4 peratus dalam suku pertama 2019 (suku-1 2019), mencerminkan pengembangan prestasi ekonomi negara pada 4.5 peratus.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata semasa suku tersebut jam bekerja meningkat 2.0 peratus berbanding 1.7 peratus pada suku keempat 2018.

“Dalam masa yang sama, produktiviti buruh yang digambarkan sebagai nisbah nilai ditambah kepada pekerja merekodkan pertumbuhan 2.2 peratus berbanding 2.3 peratus pada suku keempat 2018, apabila pekerja meningkat 2.2 peratus berbanding 2.4 peratus pada suku sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Uzir berkata dalam suku ini, sektor pembuatan dan pertanian mencatatkan pertumbuhan prestasi produktivi buruh yang lebih baik masing-masing pada 3.4 peratus berbanding 3.0 peratus pada suku keempat 2018 dan 3.0 peratus berbanding -0.7 peratus dalam suku sebelumnya.

“Sektor pembinaan mencatatkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 4.5 peratus, manakala sektor perkhidmatan terus berkembang walaupun pada kadar sederhana 2.9 peratus berbanding 4.0 peratus pada suku keempat 2018.

“Sektor perlombongan dan kuari mencatatkan penurunan sederhana sebanyak 0.8 peratus berbanding negatif 1.6 peratus dalam suku sebelumnya,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!