Lelaki keluarkan kata kesat kepada polis selepas disaman

Muhd Nurhishamuddin
Muhd Nurhishamuddin
A
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki bertindak mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap anggota polis selepas kenderaannya disaman kerana kesalahan 'double parking' di Bahau.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata, kejadian berlaku petang Rabu lalu di hadapan sebuah bank di Bahau lebih kurang jam 4 petang.

"Ketika kejadian, anggota polis tersebut dalam tugasan Ops Payung di hadapan sebuah bank di mana beliau telah mengarahkan sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam yang melakukan kesalahan 'double parking' supaya beredar.

"Bagaimana pun, pemandu itu tidak mengendahkan arahan tersebut, lalu saman telah dikeluarkan terhadapnya.

"Selepas itu pemandu berkenaan tidak berpuas hati lalu menzahirkan kemarahannya dengan mengeluarkan kata-kata 'polis babi, polis lancau' semasa berada di dalam kenderaan dan beredar," katanya ketika mengesahkan laporan hari ini.

Muhd Nurhishamuddin berkata, lima minit kemudian kenderaan tersebut berhenti dan mengambil gambar anggota polis itu sambil mengatakan 'polis babi'.

"Anggota polis berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana lelaki tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat selain bimbang gambarnya dibuat sebarang tohmahan tidak baik serta akan terjadi hal kemudian hari," katanya.

Kes ini seterusnya disiasat dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!