Michael Schumacher semakin pulih

Michael bersama isterinya.
Michael bersama isterinya.
A
A
A
GENAP lima tahun peristiwa kemalangan yang menimpa Michael Schumacher semasa bermain ski dengan anaknya Mick berusia 14 tahun di Alps Perancis.

Kemalangan itu mengakibatkan Michael koma kerana parah di bahagian otak setelah kepalanya terhantuk di atas batu.

Sejak insiden mengemparkan dunia, tiada lagi kisah lagenda Formula 1 (F1) dipaparkan di kaca televisyen mahupun media tempatan.

Namun pada Ogos lalu, saudara terdekatnya, telah memberitahu majalah Perancis bahawa bintang lagenda itu telah menunjukkan reaksi emosi dan sering tersenyum apabila melihat keindahan alam semula jadi.

Pengurus Michael, Sabine Kehm mendedahkan kenapa pihaknya merahsiakan dan tidak mengeluarkan sebarang berita mengenai jaguh dunia itu.

"Umumnya media tidak pernah melaporkan mengenai kehidupan peribadi Michael dan isterinya, Corinna.

"Sekali lagi, apabila dia ditimpa kemalangan, kisahnya turut disepikan. Dulu, dia pernah memberitahu, tidak perlu memanggilnya tahun hadapan kerana dia telah 'hilang'," katanya Michael bersara pada 2012 dan disifatkan sebagai pelumba F1 paling berjaya dalam sejarah.

Justeru, kata Sabine, dia akan merahsiakan apa jua berkaitan Michael kerana itu adalah hasrat Michael.

Namun sempena genap lima tahun kemalangan dan usia Michael mencecah 50 tahun, Daily Mail mendedahkan kisahnya.
Artikel Berkaitan:


Difahamkan, Michael kini sebenarnya tidak terlantar di atas katil atau terpaksa makan menggunakan tiub.

Mereka menganggarkan kos rawatan lebih daripada AS$62,986 bersamaan RM263,174 seminggu dan terdapat khabar angin bahawa dia akan menjalani rawatan lanjutan di sebuah klinik khas di Dallas, Amerika Syarikat.

Laporan dari seorang penulis F1 mendedahkan, Michael kini tinggal bersama keluarganya dan melakukan rawatan secara tertutup di kediamannya, di Switzerland.

Sementara itu, bekas bos Michael di Ferrari, Jean Todt, 72, memberitahu sering menziarahnya dua kali sebulan.

"Saya sentiasa berhati-hati dengan sebarang kenyataan, tetapi memang benar saya melihat perlumbaan Brazilian Grand Prix 2018, bersama Michael di rumahnya di Switzerland." katanya.

Jelasnya, hubungan antara mereka semakin rapat dan sering bertemu keluarga Michael.

Schumacher yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada 3 Januari depan masih memegang rekod pemenang gelaran juara dunia paling banyak, iaitu tujuh gelaran dan 91 perlumbaan Grand Prix. - Mirror.co.uk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!