Tuntutan hak asasi manusia buat penjawat awam
Musa berkata, tuntutan berkenaan adalah bagi individu yang bertugas sebagai penyelamat serta menjaga keamanan dan keselamatan awam di negara ini.
“Tuntut hak asasi kemanusiaan bagi penjawat awam yang bertugas sebagai penyelamat, menjaga keamanan dan keselamatan awam,” katanya dalam perkongsian di laman mikro Twitternya, hari ini.
Dalam ciapan berasingan, Musa berkata, di Malaysia, bila penjawat awam seperti polis, tentera dan bomba terbunuh akibat dari tindakan ganas penjenayah, ungkapan yang sering disebutkan adalah “itu biasa kerana tugas mereka”.
“Jika penjenayah pula yang terbunuh cepat (pula) menuding jari penguat kuasa menggunakan kekerasan dan minta keadilan,” tulisnya dengan tanda pagar #Justice4Adib.
Seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia jam 9.41 malam tadi selepas 20 hari bertarung nyawa, dipercayai parah akibat dipukul sekumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman 27 November lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!