Saya akan beritahu bila nak nikah: Syafiq Kyle
PELAKON kacak, Syafiq Kyle mengakui menjalinkan hubungan istimewa dengan aktres yang semakin meningkat naik, Mimi Lana.
Bagaimanapun jelasnya, dia lebih selesa untuk tidak terlalu menguar-uarkan hubungan yang sudah terjalin sejak tiga tahun lalu.
"Saya tak sorok, kalau orang tanya saya mengaku. Cuma saya tak tunjuk secara terang-terangan.
"Ada yang tahu itu tahu lah, bagi yang tak tahu, mungkin mereka akan rasa terkejut.
"Bagi saya bukan kewajipan saya untuk beritahu semua orang dengan siapa saya bercinta.
"Kewajipannya saya akan beritahu bila saya dah ada tarikh untuk bernikah nanti.
"Lagipun saya belajar daripada kesilapan, saya tak mahu terlalu uar-uarkan, tapi akhirnya hubungan itu tidak ke mana," katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya keistimewaan Mimi Lana dimatanya, Syafiq berkata, gadis 24 tahun itu begitu komited dengan kerjanya dan mementingkan keluarga.
"Bagi saya dia seorang pelakon bagus dan individu yang baik," ujarnya yang belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!