19 pelajar maut kebakaran kolej di India

Pasukan bomba cuba mengawal kebakaran bangunan di bandar Surat, Gujarat tengah hari semalam. - Foto AFP
Pasukan bomba cuba mengawal kebakaran bangunan di bandar Surat, Gujarat tengah hari semalam. - Foto AFP
A
A
A

GUJARAT - Sekurang-kurangnya 19 pelajar kebanyakannya perempuan, maut dalam kebakaran bangunan di bandar Surat, Gujarat yang menempatkan sebuah kolej.

"Mangsa maut akibat kebakaran tersebut selain terjun dari bangunan ketika mahu menyelamatkan diri," kata jurucakap bomba bandar Surat, Deepak Sapthaley.

Sapthaley menambah, ketika kejadian tengah hari semalam, dianggarkan seramai 50 hingga 60 orang berada dalam kolej latihan tersebut yang terletak di tingkat paling atas bangunan terbabit.

"Jumlah kematian meningkat kepada 19 orang termasuk 16 pelajar perempuan.

"16 maut akibat kebakaran sementara tiga lagi mangsa meninggal dunia akibat kecederaan selepas terjun dari bangunan yang terbakar," kata Jayesh M Patel, pegawai perubatan di Institut Pendidikan Perubatan dan Penyelidikan Surat.

Ekoran kebakaran itu, Perdana Menteri Narendra Modi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut selain mendoakan kesembuhan mangsa yang cedera.

Beliau turut mengarahkan kerajaan negeri Gujarat dan pihak berkuasa tempatan agar memberikan bantuan segera kepada mangsa.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan, angka kematian berkemungkinan meningkat ekoran masih ramai mangsa yang dirawat di hospital.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!