Empat calon mahu ganti tempat Theresa May

Jeremy Hunt, Boris Johnson, Rory Stewart dan Esther McVey mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan Perdana Menteri Britain.
Jeremy Hunt, Boris Johnson, Rory Stewart dan Esther McVey mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan Perdana Menteri Britain.
A
A
A

LONDON - Persaingan merebut jawatan ketua Parti Konservatif ekoran pengumuman Theresa May yang membuat keputusan untuk meletak jawatan pada bulan depan, kini bermula.

Perebutan tersebut bukan sahaja bertujuan memilih ketua parti baharu tetapi juga calon Perdana Menteri Britain.

Terdahulu, May mengumumkan akan meletak jawatan sebagai ketua Parti Konservatif pada 7 Jun depan namun akan kekal sebagai Perdana Menteri Britain sementara menantikan penggantinya dipilih.

Dalam pada itu, empat ahli Parti Konservatif telah mengesahkan hasrat untuk bertanding, mereka ialah Setiausaha Luar Negeri, Jeremy Hunt, Setiausaha Pembangunan Antarabangsa, Rory Stewart, Bekas Setiausaha Luar, Boris Johnson dan Bekas Setiausaha Kerja dan Pencen, Esther McVey.

Ahli Parlimen Britain mempunyai masa sehingga 10 Jun untuk meletakkan nama sebagai calon dan pencalonan mereka haruslah disokong oleh dua ahli Parlimen lain.

Dua calon akhir akan berhadapan undian 125,000 anggota Parti Konservatif pada Julai nanti bagi memilih pemenang dan ia merupakan kali pertama parti tersebut akan melantik perdana menteri secara terus. - BBC

ARTIKEL BERKAITAN: Perdana Menteri Britain umum letak jawatan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!