Pemandu cedera lori dipandu rempuh lori tangki

A
A
A

BANTING - Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila lori dipandunya merempuh sebuah sebuah lori tangki dalam kejadian di Kilometer 19 Jalan Klang Banting, di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu melibatkan tiga buah lori.

Menurutnya, nahas berlaku apabila sebuah lori berhenti disebabkan kerja-kerja baiki parit sedang dijalankan.

"Proses kerja itu menyebabkan dua lorong menjadi satu.

"Kemudian datang dua lori yang salah satunya dipandu mangsa berusia 22 tahun dari arah belakang telah melanggar lori tangki di hadapannya dan berlaku pelanggaran kecil sebuah lori lagi di hadapan sekali," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, kemalangan menyebabkan pemandu berusia 22 tahun itu cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Katanya, lori dipandu mangsa juga remuk di bahagian depan.

"Siasatan masih dijalankan termasuk mengesan saksi serta merekod keterangan percakapan pemandu yang terlibat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!