KJ pesan jangan cetus ketegangan atas nama Adib
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam perkongsian di laman mikro Twitternya hari ini juga mengingatkan agar semua pihak memberi penghormatan kepada Muhammad Adib dan menangguhkan dahulu perasaan marah berhubung tragedi di sebalik kematiannya.
“Hari ini adalah hari untuk menghormati wira negara Adib. Sama-sama mendoakan agar roh almarhum dicucuri rahmatNya. Perasaan marah kita pendam seketika.
“Jangan cetus ketegangan atas nama Adib," katanya.
Khairy yang mesra dengan panggilan KJ turut menzahirkan keyakinan atas kebolehan polis dan pendakwa untuk bertindak dengan cepat dan tepat.
Muhammad Adib, 24, anggota bomba Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi selepas 20 hari bertarung nyawa, parah akibat parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman 27 November lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!