'Pickup line' Najib cuit hati netizen
SELEPAS tidak menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak semakin mendapat perhatian rakyat terutama netizen sehingga ada yang mengelar beliau sebagai 'Raja Troll'.
Namun kini, beliau yang aktif menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk berkomunikasi dengan rakyat memilih penggunaan 'pickup line' untuk rakyatnya.
Fenomena penggunaan 'pickup line' kini mula menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini.
Dalam hantaran menerusi Facebook miliknya, ramai netizen terhibur dengan 'pickup line' beliau yang nyata mencuit hati.
"Tahu tak apa beza kamu dengan hujan? Hujan mencurah jatuh ke bumi. Tapi saudara-saudari semua jatuh ke hati saya. Senyum sikit ok?
"Selamat berbuka puasa!," kata Najib.
Sebelum itu, beliau dilihat mengunjungi bazar Kampung Baru dalam keadaan hujan renyai namun tetap tidak berganjak untuk memenuhi hasrat rakyat bergambar bersamanya.
Difahamkan, beliau juga berpeluang menunaikan solat di Masjid Kampung Baru dan mengedarkan bubur lambuk kepada jemaah.
Rata-rata netizen memuji bekas pemimpin itu melalui 'pickup line' yang dihasilkan dan ruang komen itu turut dihujani 'pickup line' dari netizen.
Sedia maklum, hantaran beliau ke media sosial kini menjadi tular dan berpengaruh, hasil semakan di Facebook beliau, posting 'pickup line' itu meraih 2,000 maklum balas dan lebih 33,000 tanda suka dari netizen.
Netizen, Mustapa Husain, berkata, "Terbaik lawak dato malam ini, berseri-seri dengan ketawa semua pengikut dato seri. Senyum dan puas semuanya. Hebat!,".
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!