Seorang maut, dua tidak sedarkan diri terhidu gas beracun

Anggota bomba memberi bantuan kecemasan kepada mangsa sebelum disahkan seorang daripadanya meninggal dunia.
Anggota bomba memberi bantuan kecemasan kepada mangsa sebelum disahkan seorang daripadanya meninggal dunia.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga Bangladesh maut sementara dua rakan senegaranya tidak sedarkan diri dipercayai akibat terhidu gas beracun ketika menjalankan kerja penyelenggaraan saluran paip gas di sebuah stesen minyak di Jalan Ipoh - Lumut di sini sebentar tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Shahrudi Mohamad Halil berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kesemua mangsa dianggarkan berusia 30-an telah berjaya dinaikkan oleh orang awam.

Dua lelaki terselamat dibawa mendapatkan rawatan di HRPB.
Dua lelaki terselamat dibawa mendapatkan rawatan di HRPB.

“Anggota EMRS bertindak memberi bantuan kecemasan kepada mangsa namun, seorang tidak memberi respon sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Menurutnya, dua mangsa yang lain telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Kita menunggu pasukan Hazmat bagi mengesahkan kandungan gas dalam saluran paip tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!