Keamanan negara nikmat yang besar: Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad.
A
A
A

AYER HITAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat agar mensyukuri nikmat atas keamanan negara yang dikecapi.

Menurut beliau, keamanan negara adalah nikmat besar yang tidak disedari rakyat kerana ramai menganggap ia sebagai perkara biasa.

"Ini suatu nikmat dan rezeki tuhan kepada kita sebab kita tidak suka bermusuh dan berperang, berbanding banyak negara Islam dalam keadaan menyedihkan kerana berperang sesama negara Islam hingga ramai terbunuh dan negara alami kerosakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, di Masjid An-Najah, dekat sini hari ini.

Hadir sama, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria.

Seramai 231 asnaf menerima sumbangan yang disampaikan Dr Mahathir pada program berkenaan.

Dr Mahathir (dua, kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada asnaf terpilih.
Dr Mahathir (dua, kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada asnaf terpilih.

Dr Mahathir berkata, negara kita sentiasa aman dan selamat, dan kerana itu kita harus bersyukur sepanjang masa walaupun banyak negara berperang.

Artikel Berkaitan:

"Bila kita lihat nasib buruk mereka, hendaklah kita hargai dan bersyukur dengan keamanan negara. Walaupun negara kita pelbagai kaum namun tidak sehingga bermusuh, malah hubungan dengan bukan Islam begitu baik," katanya.

Menurutnya, keamanan negara yang kita kecapi ini adalah kerana rakyat tidak suka bermusuh atau bertindak ganas, sebaliknya memilih hidup secara aman damai.

"Rakyat juga harus bersyukur kerajaan tak berhenti salurkan bantuan kepada rakyat, agar kehidupan lebih sempurna. Jika bagi bantuan banyak mana pun, tentu ada yang masih tak dapat keselesaan dalam hidup," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!