Kuatnya semangat Nur Amirka

Kamaruddin bertanya sesuatu kepada Nur Amirka Wahida sempena program Infak Perdana Ramadan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) di TER, Kuala Ibai, di sini, semalam.
Kamaruddin bertanya sesuatu kepada Nur Amirka Wahida sempena program Infak Perdana Ramadan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) di TER, Kuala Ibai, di sini, semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dilahirkan tanpa anggota badan yang sempurna selain kehilangan ibu sejak tujuh tahun lalu tidak melunturkan semangat pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri menggapai cita-cita menjadi seorang doktor.

Terkenal sebagai pelajar yang petah berbicara, Nur Amirka Wahida Azhar, 13, berkata, dia tidak merasa rendah diri walaupun ada kalanya menjadi bahan ejekan rakan-rakan di sekolah.

“Kadangkala ada juga yang menjadikan saya sebagai bahan ejekan, dalam masa yang sama ada kawan-kawan yang memahami situasi yang saya alami dan memberi semangat serta sokongan kepada saya.

“Saya ambil semua itu sebagai pengalaman yang positif dalam mengharungi liku-liku kehidupan saya sebagai seorang orang kurang upaya (OKU),” katanya ketika ditemui sempena program Infak Perdana Ramadan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, di sini, semalam.

Program itu dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Pengerusi Penggerak Terengganu, Alfaizal Amjed.

Nur Amirka Wahida bersama rakan-rakan dan wakil PIBG/PIBK SMK Ibrahim Fikri yang hadir sempena program Infak Perdana Ramadan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) di TER, Kuala Ibai, di sini, semalam.
Nur Amirka Wahida bersama rakan-rakan dan wakil PIBG/PIBK SMK Ibrahim Fikri yang hadir sempena program Infak Perdana Ramadan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) di TER, Kuala Ibai, di sini, semalam.

Bercerita lanjut mengenai kehilangan ibunya, anak bongsu dari enam beradik itu berkata, ibunya, Noor Zayani Mohd Said meninggal dunia akibat penyakit kencing manis.

“Walaupun dah lama dia pergi meninggalkan saya, saya rasa macam baru semalam bertemu dia. Saya tidak pernah lupa untuk menziarahi pusaranya pada setiap pagi Syawal. Segala kenangan bersamanya terpahat dalam ingatan.

Artikel Berkaitan:

“Paling saya tidak dapat lupa air tangan dia, nasi hujan panas dan ayam masak pedas yang tiada tandingan. Pernah rasa orang lain buat tapi rasanya tak sama,” katanya yang turut ditemani wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penggerak Ibu Bapa Komuniti (PIBK) SMK Padang Midin, Aishah Naziah Mohd Nadzir dan Hafidah Mamat.

Nur Amirka Wahida yang tinggal di Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Nerus kini dijaga oleh ibu tirinya, Fatimah Noor Abdul Majid dan bapanya, Azhar Abu@ Abdullah, 56 yang bekerja sebagai penternak kambing.

Menurut remaja itu, dia menghabiskan sepenuhnya masa berada di atas kerusi roda bagi memudahkan dia bergerak kerana dia tidak mempunyai kaki bermula dari pangkal paha ke bawah.

“Jika di rumah, kakak saya yang selalu tolong saya untuk bergerak ke mana-mana. Kalau saya tak duduk atas kerusi roda, saya akan bergerak secara mengesot menggunakan dua belah tangan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!