Kerajaan tak dapat elak naikkan tarif air

Xavier ketika berucap dalam program Wacana Sinar Harian siri ke-80, di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Xavier ketika berucap dalam program Wacana Sinar Harian siri ke-80, di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
A
A
A
SHAH ALAM - Dalam usaha untuk memastikan industri air negara sentiasa dalam keadaan baik, kerajaan tidak dapat mengelak daripada menaikkan tarif air negara.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, jika industri air hendak maju tanpa meningkatkan tarif air, kita tidak akan dapat bawa perubahan yang lebih baik.

"Ada negeri yang dah 30 tahun kita tidak naikkan tarif air, sedangkan perbelanjaan untuk pengurusan industri ini adalah mengikut harga semasa.

"Dalam perkara ini, kita kena ada satu keseimbangan walau bagaimanapun, kerajaan akan mengenakan tarif air yang munasabah," katanya semasa Wacana Sinar Harian siri ke-80, Konservasi Air: Di Manakah Malaysia.

AKAN MENYUSUL
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!