Mayat terapung ditemukan di Sungai Ayam
PONTIAN - Satu mayat terapung di laut ditemukan nelayan di Sungai Ayam, Batu Pahat pagi tadi.
Ketua operasi bomba, Azhar Abd Jalil berkata, beliau menerima panggilan jam 8 pagi memaklumkan penemuan mayat berkenaan.
Menurutnya, berkemungkinan besar ia merupakan salah seorang nelayan yang hilang ketika menjaring ikan di Pontian, Khamis lalu.
"Masih belum dapat maklumat lebih lanjut tentang mayat tersebut.
"Keluarga nelayan yang hilang di Pontian akan dibawa ke Sungai Ayam untuk membuat pengecaman," katanya.
Dalam pada itu Azhar berkata, operasi mencari dan menyelamat hari ini akan diperluaskan sehingga ke kawasan perairan Batu Pahat.
"Keadaan laut bergelora semalam menyukarkan usaha mencari dan menyelamat yang turut dibantu pasukan penyelamatan di air.
"Kedalaman air laut 30 meter menyebabkan pasukan penyelamatan di air tidak dapat menyelam," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!