Bapa, anak bergadai nyawa
Nik Zamari Mohd Nor, 41, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai kemudahan bot selepas jalan masuk ke kampung berkenaan ditenggelami paras dada.
"Saya terpaksa membawa anak lelaki sebagai peneman selain memudahkan tugas untuk membawa barangan dapur semasa mengharungi air," katanya.
Menurutnya, Kampung Kubang Pak Itam mula dilanda banjir sejak empat hari lalu ekoran limpahan air Sungai Golok dan hujan yang kadang kala lebat.
Katanya, air paras pinggang sudah melimpah masuk ke dalam rumahnya, namun dia kini berlindung di atas para buat sementara waktu.
"Saya dan keluarga hanya menunggu arahan untuk berpindah sahaja. Segala persiapan telah dilakukan sebaik sahaja air mulai naik," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!