Taklimat bantuan kewangan pembekal, kontraktor

Wan Alhamdulillah Wan Abd Rahman
Wan Alhamdulillah Wan Abd Rahman
A
A
A

KUANTAN - Syarikat pembekal dan kontraktor yang berminat mengetahui tentang bantuan modal kerja berkonsepkan rantaian sistem pembiayaan dijemput menyertai taklimat pada 30 Mei dan 13 Jun ini.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang (DPMM) Wan Alhamdulillah Wan Abd Rahman berkata, rantaian pembiayaan adalah solusi bagi membantu usahawan dalam menjayakan sesuatu projek.

Justeru bagi tujuan itu pihaknya telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Truecapital Asia Sdn Bhd, sebuah syarikat pemfaktoran yang diiktiraf Kementerian Kewangan.

Menurutnya, ini bagi menyediakan peluang kepada ahli dewan yang menawarkan perkhidmatan pembekalan dan kerja-kerja pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan untuk membangunkan Sistem Rantaian Kredit dengan bantuan modal kerja dari RM20,000.

"Mereka yang belum menjadi ahli dewan juga dijemput hadir dan mendaftar keahlian bagi memperoleh manfaat yang sama.

"Sistem Rantaian Kredit melalui platform atas talian (Online) berpusat (Central Financial Management System) dengan sokongan kredit dari True Capital Asia Sdn Bhd akan membantu pembekal dan kontraktor," katanya kepada Sinar Harian.

Wan Alhamdulillah berkata, bagi memberi maklumat lebih jelas mengenai sistem ini, DPMM Pahang bersama True Capital akan mengadakan dua sesi taklimat terbuka kepada semua usahawan yang berminat pada 30 Mei ini jam 10 malam di Dewan Seminar DPMM Pahang.

Menurutnya, taklimat untuk kontraktor pula akan diadakan pada 13 Jun jam 10 pagi di lokasi yang sama.

Artikel Berkaitan:

DPMM Pahang berharap agar semua usahawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai sistem rantaian kredit ini agar tidak melepaskan peluang hadir ke sesi taklimat yang ditawarkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!