Fitrah Online beri kesan kepada masyarakat

No Image Caption
A
A
A
RAMADAN semakin berakhir, Syawal semakin hampir. Kebanyakan masyarakat bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.

Beli baju baru, beli kasut baru, beli perabot baru dan macam-macam lagi.

Ada juga membeli barang keperluan hari raya secara online. Tetapi tidak terlepas juga ada sesetengah masyarakat yang mengambil peluang untuk membuat pembayaran Zakat Fitrah secara online.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Abdul Halim Ismail berkata, antara kesan penggunaan Fitrah Online melalui aplikasi SenangPay iaitu bayaran zakat fitrah secara online ini telah mendapat sambutan dan sokongan masyarakat di Melaka.

Katanya, terdapat juga mereka yang berada di luar negara mengambil kesempatan dan peluang untuk membayar Zakat Fitrah secara online menerusi Zakat Melaka.

”Antaranya daripada, Arab Saudi, Singapura, Brunei Darul Salam, Indonesia dan banyak lagi negara-negara luar yang menggunakan kaedah ini secara online,” katanya.

Pembayar zakat yang bekerja di Arab Saudi, Zulhaimi Zulkifli menyatakan perasaan teruja dan amat berterima kasih kepada pengurusan zakat di Melaka, kerana telah memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah secara online.

”Sedangkan beliau tidak berkesempatan untuk kembali ke tanah air untuk membayar zakat fitrah bagi tahun ini,” katanya.

Pembayar zakat dari Singapura, Shahruddin Abu Bakar berkata, pembayaran zakat fitrah online ini memberi kemudahan kepadanya untuk membayar zakat walaupun saya bekerja di Singapura tetapi saya berasal di Melaka.
Artikel Berkaitan:


”Saya amat berterima kasih kepada pengurusan zakat kerana mengwujudkan kaedah bayaran zakat fitrah secara online.

”Ini sekaligus dapat mengelakkan saya terlupa dan tertangguhnya bayaran zakat fitrah ini,” katanya.

Katanya, janganlah bertangguh terhadap urusan akhirat kita dengan menunaikan rukun Islam yang ke-empat dan juga bagi mengelakkan individu terlepas untuk menunaikan pembayaran zakat fitrah ini khususnya di Melaka.

“Dengan ini, inisiatif pihak pengurusan Zakat Melaka telah mewujudkan pembayaran Zakat Fitrah secara online melalui aplikasi SenangPay yang telah dilaksanakan pada awal bulan Ramadan bagi kemudahan individu dalam pembayaran zakat fitrah pada tahun ini,” katanya.

No Image Caption



Abdul Halim Ismail berkata, hanya langkah mudah untuk melaksanakan pembayaran zakat fitrah di Melaka ini di mana mereka perlulah menggunakan link ini.

“Selepas itu langkah kedua, perlulah mengisi maklumat ringkas pembayar dan tanggungan dan membuat penyemakan kadar zakat yang perlu dibayar sama ada RM7 atau RM14 berdasarkan jenis beras yang dimakan oleh individu itu sendiri.

“Setelah memasukkan butiran maklumat, langkah ketiga pembayaran yang dilakukan sama ada menggunakan kad bank atau online banking dan seterusnya bayaran terus, maka Zakat Fitrah individu tersebut telah dilunaskan,” katanya.

Dalam masa sama, Zakat Melaka menyeru seluruh masyarakat Islam agar dapat menunaikan kewajipan zakat ini sama ada zakat fitrah mahupun zakat harta iaitu zakat pendapatan, wang simpanan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja / Lembaga Tabung Angkatan Tentera, emas & perak, perniagaan, saham, pertanian dan penternakan serta galian, jika telah mencukupi syarat-syarat wajib zakat.

Semoga Allah SWT membalas sebaik-baik balasan apa yang diberikan dan melimpah berkat ke atas apa yang ditinggalkan.

Justeru itu, Zakat Melaka mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada masyarakat Islam khususnya di Negeri Melaka.

Mudah-mudahan pahala ibadah yang dilakukan pada bulan mulia ini akan lebih baik dan berganda di sisi ALLAH SWT.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!