Kematian Adib detik sedih rakyat Malaysia
Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, kematian Adib merupakan detik yang menyedihkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya apabila dikaitkan dengan kejadian yang menimpa arwah baru-baru ini.
"Kami amat memandang serius terhadap apa yang menimpa Adib dan kami mahu ahli politik Kerajaan PH terutamanya Exco Kerajaan Selangor, V Ganabatirau dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dibawa ke muka pengadilan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman berkaitan dengan insiden rusuhan tersebut.
"Mereka ini harus disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Kami juga mahu dua individu ini segera digugurkan dari jawatan masing-masing kerana mereka jelas tidak layak untuk menjaga kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan sini.
Adib yang meninggal dunia semalam bertarung nyawa selepas cedera parah didakwa kesan daripada dibelasah ketika menjalankan tugas dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 26 November lalu.
Hariri berkata, pihaknya berharap PDRM dan Pejabat Peguam Negara tidak mengamalkan sikap pengadilan selektif, kerana tindakan yang sangat tegas dalam menangani isu ini bakal menjadi pengajaran yang sangat jelas kepada mereka yang ingin menjadikan isu perkauman di negara ini sebagai ejen memecah belahkan perpaduan pelbagai kaum.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!