Putu kacang, karas Pekan Rabu kegemaran Dr Mahathir

Dr Mahathir melihat pelbagai jenis kuah rojak yang dijual sambil dibantu peniaga.
Dr Mahathir melihat pelbagai jenis kuah rojak yang dijual sambil dibantu peniaga.
A
A
A

ALOR SETAR - Kompleks Pekan Rabu menjadi destinasi tetap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri.

Pada kunjungan semalam, Dr Mahathir meluangkan masa hampir 20 minit di kompleks itu untuk membeli kuih kegemaran beliau, iaitu putu kacang dan karas di gerai Warisan Mak Chah yang dikunjungi pemimpin nombor satu itu sejak tahun 80-an lagi.

Peniaga gerai, Suria Hassan, 49, berkata, setiap tahun ketika Ramadan, Dr Mahathir dan isterinya tidak pernah ketinggalan singgah ke kedainya untuk membeli dua jenis kuih kegemaran itu, dan ia menjadi amalan pasangan itu untuk membeli di situ.

“Setiap tahun, Dr Mahathir dan isteri pasti datang gerai ini beli kuih tradisional antaranya, dodol lemak dan durian, kuih bangkit, bahulu, kuah rojak, serunding, biskut suji serta acar limau. Mereka dah lama beli di sini sejak arwah nenek saya berniaga,” katanya, selepas dikunjungi Perdana Menteri dan isteri di gerainya, di sini hari ini.

Dr Mahathir (tiga dari kiri) bertanyakan jenis kuih yang dijual kepada Suria ketika mengunjungi gerai Warisan Mak Chah.
Dr Mahathir (tiga dari kiri) bertanyakan jenis kuih yang dijual kepada Suria ketika mengunjungi gerai Warisan Mak Chah.

Menurutnya, Dr Mahathir dan isteri begitu teliti ketika membeli kuih-muih ini namun tidak cerewet serta tidak berkira daripada segi harga.

Dr Mahathir tiba di Kompleks Pekan Rabu secara berasingan dengan isteri, meluangkan masa hampir 20 minit meninjau kompleks itu sambil membeli-belah dan beramah mesra dengan peniaga dan pelanggan yang tidak melepaskan peluang menyapa beliau.

Turut mengiringi beliau, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!