JAIPk siasat dakwaan pusat Syiah di Taiping

Paparan skrin status bergambar yang dimuat naik dan tular di Facebook.
Paparan skrin status bergambar yang dimuat naik dan tular di Facebook.
A
A
A

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan menyiasat dakwaan terdapat sebuah pusat Syiah yang dikatakan beroperasi di Kamunting, Taiping.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkenaan operasi pusat Syiah seperti yang ditularkan.

"Sebelum ini JAIPk pernah menyiasat sebuah pusat homeopati di Kamunting dan pesalah sudah dibawa ke mahkamah.

"Tetapi yang terbaru ini kami belum pasti dan akan menjalankan siasatan segera kerana kawasan berkenaan Syiah pernah masuk, jadi takut ada terpengaruh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa laman Facebook memuat naik status dan gambar mendakwa terdapat sebuah pusat Syiah di Kamunting, Taiping dan menggesa pihak berwajib membuat serbuan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!