Titip pesan buat anak, Hairul undang netizen sebak
PELAKON Hairul Azreen menitipkan pesanan buat anak sulungnya, Yusuf Iskandar, agar dia menggantikan tempatnya dalam melindungi ibu dan adiknya, andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, suatu hari nanti.
Menerusi pesanan yang ditinggalkan di akaun Instagram Yusuf, Hairul turut mengingatkan Yusuf untuk sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT.
"Yusuf nanti bila dah boleh baca, Daddy just nak pesan Yusuf sebagai abang yang sulung, Yusuf kena jaga adik kena jaga mommy, jaga si gemok Jibu dengar cakap mommy!
"Sebab kalau apa-apa jadi kat Daddy, Yusuf kena ambil tanggungjawab itu.
"Bila Yusuf rasa takut,sedih, tak tau nak buat apa, ada masalah, doa banyak-banyak pada Allah sebab itu yang kami selalu buat.
"Sentiasa sebut benda yang baik-baik sebab kata-kata itu adalah doa yang melantun.
"Bak kata mommy, jangan mudah give up, cuba yang terbaik yang kita mampu sebab the best never rest," tulisnya pada gambar yang menyaksikan Yusuf mendakap adik perempuannya, Alisa Aisyah yang baru berusia dua hari.
Pesanan itu bagaimanapun turut meruntun dan membuatkan netizen sebak selepas membaca.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!