'Cukup-cukuplah dengan baby sayang'

MIRA FILZAH. Foto: INSTAGRAM
MIRA FILZAH. Foto: INSTAGRAM
A
A
A

PELAKON cantik, Mira Filzah mengakui terkejut dan sedih apabila melihat video seekor monyet yang ditembak hanya kerana tidak menyebut perkataan 'baby sayang'.

Katanya, dia juga merasa sedikit serba salah apabila perkataan tersebut telah disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya ada tonton video tersebut sekali dan berasa sedih sangat apabila monyet itu diperlakukan sedemikian.

"Ada juga rasa serba salah tapi baby sayang itu adalah nama panggilan yang baik untuk orang yang kita sayang.

"Jadi saya tak terfikir akan disalah guna sebegitu. Tapi mungkin juga lelaki tersebut adalah masalah yang kita tak tahu sehingga dia tergamak bertindak sedemikian," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya dan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Sakinah di Subang Jaya, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku minggu lalu, seorang lelaki telah bertindak menembak mati seekor monyet kerana tidak mengikuti arahannya menyebut perkataan 'baby sayang'.

Perbuatan itu telah dirakamkan sendiri oleh individu terbabit dan dimuat naik dalam media sosial tanpa rasa bersalah.

Manakala Mira pula sebelum itu menunaikan permintaan peminat yang mahukan dia menyebut perkataan 'baby sayang' ketika sesi live, sebelum ia tular.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, heroin Pujaan Hati Kanda ini meminta agar peminat dan netizen berhenti memanggilnya dengan panggilan 'baby sayang'.

Mengakui sudah berasa tidak selesa, Mira berkata, dia berasa ia sudah sampai hadnya.

"Bayangkan bila pergi bazar pun orang panggil 'baby sayang'. Saya rasa cukup-cukuplah dengan 'baby sayang'," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!