Pemuda tergamak bunuh adik perempuan
NAGPUR - INDIA. Seorang lelaki bertindak di luar kewarasan apabila membunuh adik perempuannya dalam kejadian di negeri Maharastra, baru-baru ini.
Polis berkata, 'pembunuhan bermaruah' motif mangsa dibunuh.
Siasatan polis mendapati, suspek berang selepas mengetahui mangsa yang berusia 19 tahun berkahwin secara rahsia dengan pemuda yang tidak disukainya.
Siasatan polis mendapati, suspek cuba menyembunyikan pembunuhan tersebut dengan mendakwa mangsa mati membunuh diri.
"Mangsa dikenali sebagai Priyanka didakwa menggantung diri pada 7 Disember lalu ketika ahli keluarga yang lain tiada di rumah.
"Namun, siasatan mendapati mangsa mati dijerut dengan kain sari.
"Suspek, Roshan Sonawane bertindak demikian kerana bimbang reputasi keluarga tercalar selepas mengetahui adiknya berkahwin secara rahsia selama enam bulan," kata polis.
Tambah polis, kes dianggap selesai selepas suspek mengaku jenayahnya dan akan dihadapkan ke muka pengadilan tidak lama lagi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!