Warga emas cedera terkena ledakan gas

Keadaan dapur mangsa dalam kejadian letupan di Rumah Pangsa Seri Pauh, Bukit Mertajam.
Keadaan dapur mangsa dalam kejadian letupan di Rumah Pangsa Seri Pauh, Bukit Mertajam.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang warga emas cedera ringan selepas berlaku ledakan dirumahnya dipercayai akibat kebocoran gas.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, PBK II Azham Abdul Majid berkata, kejadian berlaku di Blok F, Lorong Pauh 2, Rumah Pangsa Seri Pauh jam 5.20 pagi di sini hari ini.

Menurutnya, wanita berusia 78 tahun yang cedera ringan itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian. Ketika tiba di rumah terbabit, kita mendapati berlaku kebocoran gas yang mengakibatkan ledakan di dalam rumah tersebut.

"Terdapat seorang mangsa warga emas mengalami cedera ringan dan dia telah dihantar ke hospital oleh ambulans," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, operasi menyelamat tamat pada jam 7 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!