'Cadangan Pemuda DAP sarat motif politik, retorik kosong'

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sifatkan cadangan Pemuda DAP mengenai isu matrikulasi sarat motif politik.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sifatkan cadangan Pemuda DAP mengenai isu matrikulasi sarat motif politik.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Cadangan Pemuda DAP berhubung isu matrikulasi sarat dengan motif politik serta retorik kosong yang sangat mengelirukan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurutnya, perkara itu tidak pelik kerana ia datang dari sebuah parti politik yang kononnya anti perkauman, tetapi sentiasa menggunakan alasan kaum bagi mengangkat agendanya.

"Yang peliknya adalah ketidaktelitian menteri (Dr Maszlee Malik) untuk terlebih dahulu menganalisis isu ini dalam konteks yang lebih besar.

"Saya sangat terkesan dengan cara YB Menteri Pendidikan menyambut gesaan tersebut dengan penuh keterujaan," katanya, di sini semalam.

Mohamed Khaled berkata, terdapat beberapa perkara yang Maszlee mesti beri perhatian dalam mempertimbangkan apa-apa cadangan yang diberikan oleh mana-mana parti politik.

"Pertama, program matrikulasi adalah satu instrumen intervensi dalam pengajian tinggi. Ia bukan instrumen yang bersandarkan kesempurnaan, tetapi keseimbangan.

"Kedua, program matrikulasi bukan tentang merit akademik secara mutlak dan jumlah A semata-mata. Ia tidak boleh dijadikan saluran yang celik kecemerlangan tetapi buta dalam melihat demografi masyarakat yang membentuk satu 'social conundrum' yang kompleks," katanya.

Beliau berkata, ketiga, Maszlee mesti menilai semula dakwaan Pemuda DAP yang mengaku bahawa isu matrikulasi adalah isu kesamarataan yang tidak sepatutnya dipolitikkan.

Artikel Berkaitan:

Justeru, Mohamed Khaled menyarankan Maszlee agar menjadi lebih prihatin dan sensitif terhadap sistem negara dan keadaan masyarakat.

"Saya harap YB Menteri Pendidikan akan meneliti cadangan Pemuda DAP dengan berobjektif dan lebih bertanggungjawab tanpa sebarang tekanan dan kegelisahan politik," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!