Penunggang motosikal maut tercampak dua meter

Motoskal Yamaha LC mangsa remuk dirempuh sebuah kereta Proton Persona yang dipandu lelaki berusia 36 tahun.
Motoskal Yamaha LC mangsa remuk dirempuh sebuah kereta Proton Persona yang dipandu lelaki berusia 36 tahun.
A
A
A

JASIN - Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak lebih dua meter dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan di Kilometer 3, Jalan Kelubi-Jasin di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 12.45 tengah malam itu, mangsa, Syahid Jamaluddin Idris, 22, yang menunggang motosikal Yahama LC dalam perjalanan dari Jasin menghala ke Kelubi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Persona yang dipandu PS Palani, 36, dari arah Kelubi hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan, dalam masa sama mangsa tidak dapat mengelak dan dilanggar kereta yang dipandu lelaki yang bekerja sendiri.

"Mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Proton Persona dari arah bertentangan yang dipercayai telah hilang kawalan.

"Impak kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berusia 36 tahun cedera di dada dan tangan kiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga, sementara pemandu yang cedera telah dikejarkan ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!