Peniaga disaran semak bayaran lesen baharu
![Ezahar Abu Sairin](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2018/12/19/124286.jpg)
Yang Dipertua MDT, Ezahar Abu Sairin dalam kenyataannya berkata, pindaan ke atas Undang-Undang Kecil Pelesenan Trad Perniagaan dan Perindustrian (MDT) 2017 (JPU29) itu akan membabitkan sebanyak 328 jenis perniagaan yang dijalankan.
“Kami telah memutuskan dalam mesyuarat pada April lalu bahawa pelaksanaan undang-undang kecil yang telah diwartakan sejak Julai 2017 ini akan diguna pakai bagi permohonan baru dan pembaharuan lesen untuk tahun 2019.
“Sehubungan itu, peniaga diminta menyemak kadar lesen berkaitan perniagaan, sepertimana lampiran pengumuman kadar bayaran baharu lesen 2019,” katanya.
Menurut beliau, oleh demikian kadar-kadar lesen menurut Undang-Undang Kecil Trad Perniagaan, Perindustrian dan Profesion (MDMU) 1981 (JPU 18) yang dikuatkuasakan sebelum ini turut dimansuhkan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perubahan kadar lesen ini boleh merujuk di portal Majlis Daerah Tangkak atau pun hadir ke pejabat MDT.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!