A. Galak ditahan di hospital akibat serangan angin ahmar
PELAKON veteran, A. Galak kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan angin ahmar yang dialami pada Jumaat lalu.
Menurut penerbit terkenal dan juga rakan baiknya, Datuk Yusof Haslam sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar, A. Galak dihantar ke hospital oleh kakitangan Skop Productions yang melihat keadaan pelakon tersebut tidak seperti biasa ketika hadir ke pejabat berkenaan tiga hari lalu.
Bagaimanpun, difahamkan keadaan A. Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad, 78, kini semakin pulih dan stabil.
“Menurut doktor, serangan ‘mild stroke’ itu disebabkan A. Galak terlupa makan ubat kolestrol seperti biasa.
“Sejak berpuasa Ramadan, dia sudah dua minggu tidak makan ubat kolestrol dan kerana itu diserang penyakit jantung.
Walaupun mengalami serangan ringan tetapi untuk pulih seperti biasa akan mengambil masa beberapa bulan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Yusop turut memberitahu, pihak Skop Productions akan menanggung sepenuhnya kos rawatan perlakon drama bersiri Gerak Khas yang telah berkhidmat lebih 35 tahun bersama produksi miliknya itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!