Perancis gesa Iraq batal hukuman mati terhadap rakyatnya
PARIS - Kerajaan Perancis akan mengambil langkah perlu bagi menghalang Iraq melaksanakan hukuman mati ke atas tiga rakyatnya yang terlibat dengan perjuangan kumpulan militan Daesh.
"Perancis menentang segala bentuk hukuman mati sepanjang masa dan di semua tempat," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini.
Hukuman ke atas tiga lelaki Perancis itu diputuskan mahkamah Iraq semalam.
Sumber berkata, ketiga-tiga lelaki itu masih boleh merayu dalam tempoh 30 hari.
Media Perancis sebelum ini melaporkan Kevin Gonot, Leonard Lopez dan Salim Machou telah diekstradisi ke Iraq untuk dibicarakan selepas diberkas tentera pakatan diketuai Amerika Syarikat di Syria.
Mereka adalah antara 13 rakyat Perancis yang ditangkap semasa pertempuran di timur Syaria sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq kerana dipercayai anggota Daesh. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!