Rusuhan penjara di Brazil ragut 15 nyawa
SAO PAULO - Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan banduan di negeri Amazonas di utara Brazil semalam.
Pihak berkuasa penjara berkata, rusuhan berlaku sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan) semasa waktu melawat di kemudahan itu, kira-kira 28 kilometer dari ibu negeri Manaus.
"Ia adalah pertempuran antara banduan. Ada di antara mangsa ditikam dengan objek tajam manakala yang lain dicekik sehingga mati," kata pegawai penjara. Kolonel Marcus Vinicius Almeida.
Almeida berkata, siasatan segera dijalankan bagi mengenal pasti punca pergaduhan tersebut.
Pada masa, beliau menafikan tuduhan pegawai penjara bertindak lambat bagi membendung pergaduhan tersebut.
"Pegawai penjara bertindak pantas dan berjaya membendung lebih banyak kematian," katanya.
Pada 2007, penjara itu pernah menyaksikan rusuhan selama 20 jam yang mengakibatkan 56 kematian. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!