Pekerja ladang maut dipijak gajah
Kejadian jam 6.40 petang itu menyebabkan Muhammad Ridwan Mohd Yasin, 26 maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).
Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz berkata, ketika kejadian mangsa melakukan tugas rondaan dan menghidupkan pelita di kawasan berkenaan.
"Tiba-tiba seekor gajah liar terus menyerang dan memijak mangsa. Serangan itu mengakibatkan mangsa cedera parah.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Kota Tinggi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik HKT untuk bedah siasat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!