Pengasas Huawei enggan balas dendam terhadap Apple

Ren Zhengfei
Ren Zhengfei
A
A
A

BEIJING - Pengasas Huawei, Ren Zhengfei menolak tindakan balas dendam terhadap Apple Inc selepas syarikat telekomunikasi terkemuka di China itu disenaraihitamkan oleh Amerika Syarikat (AS).

“Langkah itu tidak akan berlaku sama sekali dan jika ia berlaku, saya akan menjadi individu pertama yang membantah tindakan tersebut.

“Apple adalah ‘guru’ saya. Mereka lebih maju di hadapan kami. Sebagai ‘pelajar’ bagaimana saya mahu menentang ‘guru’ saya? Saya tidak akan bertindak sedemikian,” kata Zhengfei menerusi wawancara yang diterbitkan Bloomberg hari ini.

Beliau turut menjelaskan sekatan eksport yang dikenakan pentadbiran Presiden Donald Trump akan menjadi penghalang kepada Huawei yang telah maju dua tahun ke depan berbanding pesaing mereka.

“Kami akan meningkatkan bekalan cip atau mencari alternatif untuk terus berada di hadapan dalam teknologi telefon pintar dan Generasi Kelima (5G). Kami mungkin akan terlepas sasaran pertumbuhan yang dijangkakan, namun kami masih terus berkembang dalam persekitaran yang sukar,” ujarnya lagi.

Minggu lalu, AS telah meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan, sekali gus melarang syarikat di negara itu berurusniaga dengan firma pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia.

Susulan keputusan itu, syarikat enjin pencari gergasi, Google turut menyekat Huawei daripada menggunakan Android pada masa hadapan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!