Sudu, pisau, berus gigi dalam usus

Doktor terpaksa mengambil masa selama empat jam untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kesemua objek tersebut.
Doktor terpaksa mengambil masa selama empat jam untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kesemua objek tersebut.
A
A
A

NEW DELHI - Sekumpulan doktor di India terkejut selepas menemukan tujuh sudu, sebilah pisau, dua berus gigi, dua pemutar skru dan rod kecil dalam usus seorang lelaki berdasarkan pemeriksaan sinar X yang dilakukan ke atasnya.

Lelaki di Mandi itu dikejarkan ke Kolej Perubatan Lal Bahadur Shastri selepas dia mengadu sakit perut.

Doktor kemudiannya terpaksa melakukan pembedahan yang mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan kesemua objek tersebut.

“Kami amat terkejut kerana ia berlaku di depan mata kami. Dia mengalami masalah gangguan mental. Kini, pesakit itu berada dalam keadaan stabil,” kata Dr Suraj Bhardwaj.

Lelaki itu dipercayai mengalami gangguan pemakanan digelar pica yang menyebabkan individu memakan objek pelik. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!