Tiga cedera letupan di Dhaka
DHAKA - Tiga anggota polis cedera dalam letupan di ibu kota Bangladesh pada malam Ahad lalu.
Kejadian berlaku di kawasan Malibagh di tengah Dhaka.
Jurucakap Polis Metropolitan Dhaka, Asaduzzaman Mia berkata, serangan menyasarkan sebuah kenderaan polis di kawasan itu.
"Siasatan awal mendapati bom ditanam dalam kenderaan tersebut.
"Letupannya sangat kuat namun tiada kehilangan nyawa," katanya.
Katanya lagi, serangan mungkin didalangi kumpulan militan Daesh.
"Serangan bertujuan untuk menakut-nakutkan orang awam dan mengganggu ketenteraman awam," ujarnya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!