Jangan abaikan doa sebaik sahaja bangun daripada tidur

Sebaik sahaja bangun daripada tidur, mulakan dahulu dengan membaca doa sebelum melakukan perkara lain. -GAMBAR HIASAN.
Sebaik sahaja bangun daripada tidur, mulakan dahulu dengan membaca doa sebelum melakukan perkara lain. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

Rasanya jarang benar kita berdoa sebaik sahaja bangun daripada tidur apatah lagi, jika sudah terlambat dan tergesa-gesa mahu ke tempat kerja.

Malah, ada yang celik-celik mata sahaja, telefon bimbit menjadi benda pertama yang dicapainya.

Membaca doa sebaik bangun daripada tidur sebenarnya merupakan sunah Rasulullah SAW.

Doa yang dianjurkan kepada kita ada disebutkan di dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari: "Segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan kembali."

Kenapa kita perlu berdoa selepas bangun tidur? Ia kerana tidur merupakan 'saudara kandung' kematian.

Di dalam doa di atas juga ada menyebut ayat 'setelah mematikan kami'.

Malah, perkara itu juga dijelaskan di dalam al-Quran.

Firman ALLAH SWT: "Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada ALLAHlah kamu kembali, iaitu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan." (Surah al-An'am, ayat 60)

Artikel Berkaitan:

Ibnu Katsir dalam tafsirnya menyatakan, "ALLAH SWT menjelaskan, Dia mematikan hamba-hamba-Nya dalam tidur mereka pada waktu malam sebagaimana ditegaskan di dalam Surah al-Zumar, ayat 42."

Mulai hari ini, apa kata kita jangan abaikan sunah Rasulullah yang satu ini ya.

Walaupun ia hanya perkara kecil tetapi jangan lupa, inilah antara cara mudah untuk kita meraih pahala.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!