1,121 hotspots telah berdaftar
SHAH ALAM - Sebanyak 1,121 hotspots di seluruh negara telah membuat pendaftaran untuk mengambil bahagian dalam World #QuranHour yang akan berlangsung serentak pada 30 Mei ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff, di luar negara pula sebanyak 24 negara melibatkan 68 hotspots telah mengesahkan penyertaan.
“Bagaimanapun, pendaftaran masih lagi di buka dan kita yakin masih ramai yang akan membuat pendaftaran pada saat-saat akhir berdasarkan pengalaman lepas,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.Katanya lagi, pihaknya menyasarkan 5,000 hotspots di seluruh negara akan mengambil bahagian dalam program itu berbanding 3,000 yang direkodkan pada tahun lalu.
“Dari segi masa pelaksanaan, majoriti lokasi di Malaysia akan mengikut waktu pelaksanaan yang sama iaitu jam 12 tengah hari hingga 1 petang sama seperti sebelum ini,” katanya.
World #QuranHour 25 Ramadan 1440H/30 Mei 2019Jawapan kepada setiap cabaran ada dalam al-Quran. Baca, faham dan amalkan Surah Al-Kahf #MisiAlKahf2019 World #QuranHour #CabaranSejagat #BacaFahamAmal
Posted by World #QuranHour on Friday, May 10, 2019
Tambahnya lagi, memasuki tahun kelima pelaksanaan World #QuranHour, sambutan yang diterima semakin baik dan meluas.
“Kita turut mendapat sokongan lebih mantap daripada badan berwajib agama seperti Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama serta Jabatan Agama Negeri yang telah mengeluarkan arahan untuk mengambil bahagian dalam program 30 Mei ini,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai bagaimana WUIF bersinergi dengan pihak lain untuk mengadakan World #QuranHour di dalam dan luar negara, Marhaini menjelaskan ia dilakukan dengan mengadakan taklimat bersama.
“Selain Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menjadi lokasi utama, pihak kami dapat melihatnya menerusi link atau talian pendaftaran wakil negeri Rumah Ngaji serta wakil WQH di luar negara,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!