Empat maut kejadian tembakan di Brazil
![Gambar hiasan](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/05/28/331956.jpg)
RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah bar di Sao Goncalo, sebuah perbandaran di Rio de Janeiro, Brazil, lapor agensi berita Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan, semalam.
Dalam kejadian itu penyerang melepaskan tembakan rambang dari dalam sebuah kenderaan yang bergerak, menyasarkan pengunjung bar berkenaan, menurut Jabatan Bomba Bandaraya Brazil.
Dua maut di tempat kejadian dan dua di hospital, manakala tujuh lagi mangsa cedera dikejarkan ke klinik berhampiran.
Penyerang kemudian memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah lagi bar dan mencuri telefon bimbit serta barang berharga milik pengunjung, memetik laporan laman web Brazil G1.
Motif kejadian masih disiasat dan polis sedang menyiasat sama ada ia mempunyai kaitan dengan pertikaian di kalangan pengedar dadah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!