Rezeki Nadia Brian murah selepas bertunang

Pelakon, Nadia Brian
Pelakon, Nadia Brian
A
A
A

SEJAK mengikat tali pertunangan awal Mei lalu, rezeki pelakon Nadia Brian semakin melimpah ruah.

Selepas dua hari melangsungkan majlis pertunangan, Nadia telah dipilih menjadi wajah untuk koleksi raya luxe 2019 pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Menurut bintang filem Ratu Kala Jengking itu, tawaran untuk menjadi wajah koleksi sentuhan Hatta disambut baik kerana sudah lama menantikan untuk bekerjasama.

Aktres cantik berusia 28 tahun anak jati kelahiran Kangar itu juga pernah mengenakan busana anggun sentuhan Hatta pada hari pertunangannya dua hari sebelum dilantik menjadi wajah koleksi raya luxe 2019.

Menggayakan busana koleksi raya 2019, Hatta Dolmat.
Menggayakan busana koleksi raya 2019, Hatta Dolmat.

“Saya rasa teruja kerana ini kali pertama bekerjasama dengan Hatta.

“Sebelum ini, saya hanya mengikuti dari jauh sahaja dan mendapat peluang sebegini merupakan pengalaman yang sangat baik,” ujarnya tersenyum.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Hatta yang ditemui di studio lokasi penggambaran kempen raya di Azharmadnesson Studio baru-baru ini, berkata, pelakon jelita itu sesuai untuk menjadi wajah eksklusif dalam kempen terbaharunya.

“Koleksi ini bersesuaian dengan wajah dan personaliti Nadia dan dia juga mempunyai pengaruh tersendiri dalam industri seni dan hiburan tempatan,” jelas Hatta.

Bertepatan dengan tempoh bulan Ramadan ini, mood raya koleksi Hatta Dolmat Raya Luxe 2019 bersesuaian untuk mereka yang mementingkan eksklusif dan mahu tampil anggun serta feminin untuk beraya kelak.

Penggunaan fabrik french lace, chiffon, creepe dalam warna mewah seperti hijau rimba, merah hati sehingga palet warna pastel lembut menjadi kelainan dan keunikan koleksi terbaharu itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!