'Keliklah Him, mok rindu'

Fatimah yang berusia 90 tahun tinggal sendirian di Kampung Padang Jelapang, Chicha Tinggi.
Fatimah yang berusia 90 tahun tinggal sendirian di Kampung Padang Jelapang, Chicha Tinggi.
A
A
A

RANTAU PANJANG - “Keliklah Him mok rindu ko mu,” luah Fatimah Mat Diah, 90, yang merindui anak lelaki tunggalnya apabila sudah bertahun tidak ditemui.

Fatimah berkata, dia amat berharap anaknya, Ibrahim Daud yang kini berada di Perak dapat pulang untuk menyambut lebaran bersamanya pada tahun ini.

“Nak...nak...hari mokcik dok doa ko tuhe, mitok Him kelik mari sini (setiap hari makcik berdoa kepada ALLAH supaya Him dapat pulang ke sini)

"Rindu mokcik ko dio, tuhe jah tahu setaro mano (Perasaan rindu pada Him, hanya tuhan sahaja yang mengetahuinya).

"Nak halo mugo mokcik takdok talipong, loni dok berarak Him halo sepupu diolah, barulah bulih kecek, tanyo kobar. (Nak berhubung makcik tak ada telefon, hanya mengharapkan Him hubungi sepupunya (Mohd Khawi Mamat), barulah boleh bertanyakan khabar)," katanya sambil air mata membasahi pipi.

Fatimah tetap setia menunggu kepulangan anak tunggalnya Ibrahim pulang beraya bersamanya.
Fatimah tetap setia menunggu kepulangan anak tunggalnya Ibrahim pulang beraya bersamanya.

Fatimah yang hilang upaya untuk mendengar itu tinggal sendirian namun masih lagi mempunyai kudrat untuk menguruskan diri di rumahnya di Kampung Padang Jelapang, Chicha Tinggi.

Menurutnya, dia sememangnya mengimpikan saat-saat terindah untuk berbual dan makan bersama anak kesayangannya itu namun memahami tanggungjawab anaknya itu menyara menantu dan cucunya yang ramai.

Artikel Berkaitan:

"Tapi baliklah Him, mok nak sangat jupo mu," katanya.

Sementara itu Mohd Khawi berkata, dia adalah individu yang bertanggungjawab mengurus dan memantau kehidupan harian Fatimah.

"Setiap hari saya akan datang ke rumah untuk menjenguk keadaannya. Kalau sakit atau demam, saya akan uruskan dan bawak dia ke klinik.

"Walaupun makcik Fatimah berusia 90 tahun namun dia tidak mempunyai sebarang penyakit dan masih kuat. Cuma kadang-kadang pening kerana tekanan darah rendah, itu saja," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang ingin membantu Fatimah boleh berbuat demikian melaluinya atau salurkan sumbangan ke akuan Mohd Khawi 153038907240 (Maybank).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!