Akmal tetap hadir berbuka puasa bersama komuniti Sikh

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir hadir di Gurdwara Sahib yang disambut komuniti Sikh di kuil tersebut.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir hadir di Gurdwara Sahib yang disambut komuniti Sikh di kuil tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Iftar Muhibbah bersama Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tetap berlangsung dengan kehadiran wakil rakyat tersebut, petang tadi.

Akmal yang hadir sekitar jam 6.50 petang dengan bersongkok dan berbaju Melayu disambut penuh mesra komuniti Sikh di Gurdwara Sahib di sini.

Meskipun mendapat kecaman dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuklah pihak pembangkang, beliau tetap hadir sebagai memenuhi jemputan.

Mengakui kehadirannya bagi memenuhi undangan komuniti Sikh dan majlis tersebut turut dihadiri oleh pemimpin agama dan masyarakat yang lain.

“Saya melihat suasana lebih harmoni dalam keadaan polemik perkauman yang sering dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Jadi bagi saya ini hanyalah sekadar langkah kecil untuk kita saling memahami dan pada masa sama, mereka juga menghormati segala permintaan dan amalan yang dilakukan,” katanya di sini sebentar tadi.

Akmal berkata, beliau mengambil maklum segala komen yang menimbulkan perdebatan atau pandangan hangat di media sosial, malah menghormatinya.

“Saya menghormati dan menghargai bagi pesanan yang positif, cuma pada masa sama itu menggambarkan keadaan sebenar dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Jadi kepada mana-mana pihak yang mahu mengangkat pemahaman atau saling hormat menghormati antara budaya komuniti yang berbeza ini, cabarannya besar,” katanya.

Beliau berkata, bagi dirinya sebagai wakil rakyat, beliau hadir untuk menyantuni komuniti tersebut dan memenuhi jemputan.

“Segala kekhuatiran yang dibangkitkan mungkin dari segi soal agama dan akidah, insya-ALLAH kita akan pelihara,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!