Khoo Kay Kim banyak jasa kepada negara - PM

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merakam ucapan takziah di atas pemergiaan sejarawan negara, Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang meninggal dunia hari ini.

Dr Mahathir menyifatkan, pemergian Kay Kim sebagai kehilangan besar kepada negara kerana mendiang merupakan individu yang hebat memperjuangkan sejarah dan kaum di negara ini.

"Takziah kepada keluarga mendiang. Saya sedih kerana tidak sempat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Saya mahu ke sana tetapi tidak mempunyai masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejarawan negara Khoo Kay Kim meninggal dunia

"Mendiang merupakan individu yang hebat yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan sejarah negara.

"Mendiang juga adalah sejarawan terbilang yang sangat adil kepada semua kaum di negara ini kerana beliau sentiasa bersifat benar sama ada bercakap mengenai Cina, Melayu atau India dan semua orang sentiasa menghormati pandangannya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di sini, hari ini.

Kay Kim, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada jam 10 pagi tadi, pada usianya 82 tahun akibat jangkitan paru-paru.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!