Masjid di Melaka diminta solat Istisqa Jumaat ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Masjid di seluruh Melaka diminta mengadakan solat Istisqa pada Jumaat ini bagi memohon hujan dalam menghadapi kemarau sekarang.

Meminta demikian, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab turut menyeru rakyat negeri ini supaya berjimat menggunakan air.

Dalam pada itu, jika mengesan paip air pecah, segera laporkan kepada pihak berkuasa, katanya.

“Kita sangat berharap tiada catuan dibuat dalam masa terdekat terutama musim perayaan bagi memberikan keselesaan kepada rakyat untuk menyambut Aidilfitri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Ketua Menteri, Adly Zahari berkata Melaka bakal berdepan catuan air sekiranya tiada sebarang pelan pemulihan diambil sehingga tempoh 15 Jun ini akibat daripada musim kemarau dan paras air di beberapa empangan mulai menurun. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!