'Kenapa mami masuk syurga awal?'
PEMERGIAN usahawan kosmetik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad pastinya memberi kesan mendalam kepada anak-anaknya.
Paling terkesan sudah tentu anak bongsu Allahyarham, Qaseh Khadijah yang berumur enam tahun. Baru-baru ini anak sulung pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Iqbar Hakim Jasman, 20, ada membuat satu perkongsian di Instagram (IG) miliknya yang mengundang sebak di hati netizen.
Perkongsian tentang adik bongsunya, Qaseh Khadijah yang kerap bertanya tentang Allahyarham ibunya, Faziani.
“Ini adik bongsu saya @qaseh_kha. Akhir-akhir ini banyak soalan dia tanya antaranya, kenapa mami masuk syurga awal? Kenapa dia tak masuk sekali dengan kita? Jadi saya terangkan kepada dia A to Z.
ARTIKEL BERKAITAN:
Salam subuh sayangku, antara 'posting' terakhir Faziani
Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand
"Yang kedua pula dia tanya, siapa yang nak ganti mami. Sebenarnya saya ‘petak’ ataupun ‘stuck’ kejap nak jawab.
“Tapi saya cakap abang ada, kakak ada semua ada. Lepas saya jawab dia pun cakap, dia anak bongsu dan biarlah dia ganti mami, sebab dia pun garang (sambil dia cubit saya)," tulisnya.
Kata Iqbal, dia akan bercerita dan juga selalu mengingatkan adiknya itu tentang kemuliaan ibu mereka sebagai pedoman dan iktibar.
Perkongsian Iqbar bersama Qaseh Khadijah di pusara Allahyarham itu menarik perhatian netizen dan turut memberikan kata-kata semangat buat anak sulung Allahyarham dan keluarga.
"Besar tanggungjawab seorang abang untuk adik perempuan yang ramai. Moga sentiasa kuat untuk membimbing mereka menjadi wanita solehah InsyaALLAH," tulis klinikdralyna.
"Semoga roh nya tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman," tulis rawas_99.
"Dia memberi contoh yang baik kepada yang hidup. Menjadai inspirasi kepada saya," tulis aidamustaffa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!