900,000 usahawan Tekun Nasional di seluruh negara

Najwah Halimah (kiri) dan Zainal (tiga dari kiri) mengacau bubur lambuk pada program anjuran Tekun Nasional semalam.
Najwah Halimah (kiri) dan Zainal (tiga dari kiri) mengacau bubur lambuk pada program anjuran Tekun Nasional semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) menyalurkan pembiayaan pinjaman RM170 juta setakat Mei ini.

Timbalan Pengerusinya, Najwah Halimah Ab Alim berkata, jumlah berkenaan adalah daripada kira-kira RM400 juta peruntukan pada tahun ini.

"Kalau di Johor pula, setakat Januari hingga bulan ini pembiayaan pinjaman telah mencecah RM23 juta.

"Manakala, jumlah peruntukkan pada tahun ini di Johor sekitar RM56 juta," katanya semasa menyempurnakan program memasak dan edaran bubur lambuk anjuran Tekun Nasional di AMart Kempas semalam.

Hadir sama, Pengurus Tekun Nasinal negeri, Zainal Rahman.

Najwah Halimah berkata, setakat dianggarkan terdapat kira-kira 900,000 usahawan Tekun Nasional di seluruh negara.

"Mereka terdiri daripada usahawan yang menjual pelbagai produk, bagaimanapun ramai yang berniaga makanan, pembuatan dan perkhidmatan.

"Ramai kontraktor juga membuat pembiayaan pinjaman dengan kami kerana kami ada skim untuk kontraktor," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pelbagai jenis skim disediakan untuk usahawan, namun skim teman Tekun dan Teman Nita selalu menjadi pilihan.

"Ini berikutan kedua-dua skim itu secara kelompok membabitkan lima individu. Malah, skim ini juga paling mudah, cepat kadar kelulusannya dan tidak membebankan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!